Thursday, 13 December 2018

MIND MAP


RUJUKAN


Ø  Azzyati M.N., Fariza M.S., & Salasiah H.H. Ciri-Ciri Remaja Berisiko: Kajian Literatur.

Islamiyyat 35(1): 111-119.


Ø  Kamus Dewan. (2nd ed.). (1984). Kuala Lumpur: Dewan Pustaka dan Bahasa

Ø  Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1983 Garis panduan mengenai pungutan derma melibatkan murid-murid sekolah. Diperoleh daripada https://www.moe.gov.my/index.php/my/pekeliling/pekelilling-ikhtisas/category/hal-ehwal-pel ajar/7

Ø  Kementerian          Pendidikan       Malaysia.         (1996). Falsafah           Pendidikan       Kebangsaan.        Malaysia:Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ø  Lahey, B. B. 2009. Psychology: An introduction (10th Ed.). New York, NY: McGraw-Hill.

Ø  Mohd Fadli, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Mohd Moktar Tahar. 2016. Penggunaan Teknik Peneguhan bagi Mengatasi Masalah Tingkah Laku Hiperaktif. International Conference on Education in Sountheast Asia Region 6th Series 2016. Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.

Ø  Ragbir Kaur Joginder Singh. 2012. Panduan Ilmu Pendidikan Untuk Dpli Pedagogi: Kuala Lumpur Kumpulan Budiman.

Ø  Siti Sarawati Johar, Fauziah Ani, Shamsaadal Sholeh Saad, Zahrul Akmal Damin, Shahidah Hamzah, Harliana Halim, Zahrul Akmal Damin, Md. Akbal Abdullah, dan Ku Hasnan Ku Halim. (2017). Tingkah laku devian dan perlakuan jenayah: cabaran kecenderungan negatif di sebalik kehidupan masa lalu dan kini. 52.

Ø  Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah. (2012). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

RUMUSAN


Kesimpulannya, pengurusan tingkah laku dan disiplin pelajar adalah penting untuk melahirkan pelajar yang berkualiti dan bersahsiah tinggi. Hal ini kerana, peribadi individu pada masa hadapan akan dilihat pada zaman pembelajarannya. Sekiranya guru tidak memainkan peranan untuk membentuk jati diri yang positif ke dalam diri pelajar, pelajar akan cenderung untuk berkelakuan negatif dan mereka akan terbiasa dengan peribadi sebegitu. Pelajar juga mempuyai tahap keupayaan yang berbeza-beza. Oleh itu, guru perlu menggunakan teknik modifikasi yang berbeza kepada pelajar berdasarkan tahap pelajar tersebut. Guru perlu memahami keperluan pelajar dan melakukan hukuman bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar.

Kepelbagaian teknik dan strategi perlu sentiasa diuabah suai oleh guru agar hukuman tersebut mampu dijalankan dengan lebih efektif kepada pelajar sesai dengan perubahan keperluan pelajar. Guru tidak seharusnya menghukum pelajar mengikut emosi dan pengaruh luar yang negatif. Akan tetapi, guru perlu memikirkan bahawa mereka menghukum pelajar untuk mendidik dan bukannya sebagai satu kepuasan atau perasaan emosi. Sebagai guru yang profesional, guru sewajarnya mampu membezakan perkara yang berdasarkan kehendak ataupun emosi. Pengurusan tingkahlaku dan disiplin pelajar juga perlu sentiasa dipantau dan diubah sesuai dengan prosedur undang-undang pelajaran. Guru dan pihak sekolah perlu merujuk pihak yang lebih berkuasa atau undang-undang pelajaran di negara kita sebelum meletakkan sesuatu kesalahan ke atas pelajar dan sebelum melakukan hukuman ke atas mereka. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku ke atas pihak sekolah dan pihak lain.

Oleh itu, semua pihak seharusnya bekerjasama membantu mebanteras masalah tingkah laku dan disiplin di sekolah daripada berterusan berlaku untuk menjaga kesejahteraan di sekolah yang merangkumi pengurusan bilik darjah dan pengurusan sekolah. Pengurusan tingkah laku dan disiplin ini perlu sentiasa dipantau agar proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berjalan dengan lancar. Ini juga untuk meamstikan prestasi seebuah sekolah itu tidak tercemar. Hal ini juga untuk memastikan sesebuah sekolah itu dapat melahirkan masyarakat yang cemerlang dari segi akhlak dan sebagainya.

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN PELAJAR

PENGENALAN


Disiplin membawa erti peraturan-peraturan baik yang perlu dipatuhi oleh seseorang pelaajr bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik dan demi kesejahteraan kehidupan di sekolah. Tingkah laku pula merupakan segala perkara yang dilakukan dan dipErkatakan oleh individu. Pengurusan tingkah laku pula merupakan satu rancangan yang telah ditetapkan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah kepada satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Pengurusan tingkah laku bermaksud suatu pelaksanaan untuk mengubah sahsisah individu kearah yang lebih baik berdasarkan strategi dan teknik yang sesuai.
Tingkah laku pelajar memainkan peranan yang sangat penting ke arah pembentukan sahsiah diri yang positif. Menurut Lahey (2009), tingkah laku merupakan kajian saintifik yang berkaitan dengan proses mental dan perbuatan seseorang. Kebiasaannya tingkah laku pelajar merupakan tindak balas daripada rangsangan stimulus dari dalaman mahupun luaran yang berupaya merangsang pelajar daripada melakukan sesuatu perlakuan hingga memberi kesan kepada persekitaran mereka. Sekiranya tingkah laku pelajar tidak dikawal dengan sempurna, maka akan timbul masalah tingkah laku. Hal ini kerana kedua-duanya saling berkait. Untuk membaiki tingkah laku pelajar, pelajar perlu mempuyai pemikiran yang postif terlebih dahulu. Dalam konteks pendidikan, masalah tingkah laku merujuk kepada sebarang bentuk tingkah laku pelajar yang boleh menganggu kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (Mohd Fadli et al. 2016). Hal ini kerana, pelajar yang bermasalah semasa proses pembelajaran akan menganggu proses pembelajaran dan matlamat pengajaran guru tidak dapat disampaikan dengan baik. Proses pembelajaran juga tidak akan berlaku dengan efektif. Guru memainkan peranan penting dalam pengurusan tingkah laku pelajar kerana tugas guru bukan sahaja menagajar malah, guru juga berperanan untuk membentuk sikap dan akhlak murid-murid sejajar dengan matlamat falsafah pendidikan negara kita. Pengurusan tingkah laku pelajar adalah perakara yang penting kerana tingkahlaku pelajar di sekolah melambangkan masa depan pelajar dan sekaligus kehidupan masyarakat pada masa hadapan. Pengurusan tingkah laku penting untuk membenntuk kesejahteraan dan kehharmonian kehidupan di sekolah dan masyarakat di luar. Pengurusan tingkah laku merangkumi beberapa aspek seperti teknik yang sesuai yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi menangani masalah disiplin di sekolah.


LATAR BELAKANG

Kami telah menjalankan tugasan kami di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa, Rawang yang terletak di Bandar Country Homes, Rawang. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2001 dan dirasmikan pada 1 Januari 2002. Sekolah ini terdiri daripada murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang berbilang bangsa. Pengetua sekolah ini merupakan Pn Wan Khatijah Bt Wan Abdullah. Sekolah ini terletak dalam lingkungan kawasan bandar di Rawang

Kami telah melaksanakan tugasan kami pada 9 Oktober 2018 iaitu pada hari Selasa. Kami telah menemubual Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Pazir Bin Zainuddin berkaitan topik kumpulan kami iaitu Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin Pelajar memandangkan Penolong Kanan Hal Ehlwal Murid dan guru disiplin tidak dapat hadir ke sekolah pada hari tersebut kerana mempuyai program lain. Kami telah mengajukan beberapa soalan berkaitan pengurusan tingkah laku di sekolah tersebut dan memprolehi beberapa maklumat yang berkaitan dengan topik kami. Kami telah menayakan beberapa perkara berkaitan disiplin sekolah tersebut dan beberapa teknik mahupun langkah efektif yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah tersebut untuk meningkatkan tahap disiplin di sekolah tersebut.

Temu bual dilakukan secara formal seacra berdepan dengan Penolong Kanan Pentadbiran. Kami juga menemubual beberapa guru lain berkenaan topik kami. Kami juga mengumpul beberapa maklumat atau data berkaitan pengurusan disiplin di sekolah tersebut.

OBJEKTIF

Dalam kajian ini, kami telah menetapkan beberapa objektif yang ini kami capai berdasarkan topik kumpulan kami iaitu untuk mengetahui takrifan pengurusan tingkahlaku dan disiplin pelajar. Hal ini kerana, kami perlu memahami topik dengan sebetulnya sbeelum kami melakukan kajian dengan lebih terperinci. Seterusnya, objektoif kajian kami juga adalah untuk mengenalpasti masalah disiplin yang kerap dilakukan oleh pelajar serta faktor-faktor yang menyebabkan pelajar terdorong untuk melakukan masalah disiplin di sekolah. Hal ini suapaya kami mudah untuk menganalisis maklumat dan seterusnya untuk diintepretasikan kepada sebuah kajian. Kami ingin mengetahui masalah disiplin yang dianggap sebagai serius dan selalu dilakukan oleh pelajar seiirng dengan peredaran zaman.
Kami juga menekankan strategik yang perlu diambil oleh pihak sekolah termasuk guru untuk memperbaiki masalah disiplin pelajar. Hal ini kerana, kami memerlukan solusi atas permasalahan disiplin yang smeakin menjadi-jadi dalam kalangan pelajar di sekolah.

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN 


JENIS-JENIS DISIPLIN

Disiplin yang dilakukan oleh pelajar terdiri daripada tiga kategori iaitu ringan, sederhana dan berat. Kaetegori ringan merangkumi kesalahan yang biasa dilakukan oleh pelajar seperti pelajar melakukan kesalahan memonteng kelas dan tidak melakukan kerja yang diberikan oleh guru.Ketegori ringan ini dianggap seabagai kesalahan yang kerap kali dilakukan tetapi masih boleh dikawal. Kategori sederhana pula kebiasaanya dibuat tetapi tidak terlalu banyak kes ini berlaku. Sebagai contoh, pelaajr membawa alatan gadget ke sekolah, membawa computer riba ke sekolah tanpa kebenaran atau tanpa apa-apa tujuan. Pelajar juga cenderung untuk membawa telefon ke sekolah untuk tujuan yang tidak berfaedah. Disiplin kategori ini juga masih dikira masalah yang boleh dikawal dan tidak dikenakan hukuman tahap serius. Kategori berat pula terdiri daripada kes buli, kes khalwat atau bukan muhrim duduk berdua-duan di temat yang sunyi. Malahan, kes pecah bilik disiplin atau mencurijuga dianggap sebagai jenis masalah disiplin yang berat. Kategori ini selalunya melibatkan pihak luar untuk menghukum pelajar yang terlibat.

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU

Jenis-jenis tingkahlaku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku postif dan tingkah laku negatif.

a) Tingkah Laku Positif


Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin tahu kanak-kanak akan membantu guru dalam meransang pemikiran kanak-kanak dan penting dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan sikap ingin tahu kanak-kanak ini, guru dapat membina aktiviti yang lebih melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, kanak-kanak akan suka pada aktiviti seperti ini.

Kanak-kanak yang cepat belajar juga merupakan tingkah laku yang positif kerana akan memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, gurutidak perlu melakukan proses pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru Cuma perlu fikirkan aktiviti pengayaan uantuk kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang proaktif juga merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak proaktif berbeza dengan kanak-kanak hyperaktif. Ini kerana kanak-kanak proaktif merupakan kanak-kanak yang suka melibatkan diri pada aktiviti, suka bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru. Kanak-kanak pintar cerdas jarang dijumpai namun jika terdapat kanak-kanak seperti ini, guru harus pandai memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak mudah bosan. Tingkah laku bermasalah positif merangkumi Tingkah laku ingin tahu. Terdapat juga Tingkah laku cepat belajar iaitu cepat menangkap atau ‘ catch up ‘ sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat. Selain itu, tingkah laku postif juga merangkumi Tingkah laku pintar cerdas dan Tingkah laku proaktif iaitu sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lain



b) Tingkah Laku Negatif


Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah laku negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-kanak yang seriang memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku negatif. Tingkah laku distruktif merupakan permusuhan nyata iaitu kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku fisikal atau pun lisan yang bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk dapatkan makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan tersebut. Selain itu juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku distruktif. Bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif pula, kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka membuat bising dan agresif. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif merupakan kanak-kanak yang suka bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-rakan yang lain. Tingkah laku bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering mengalami emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak yang terlalu pemalu juga merupakan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku pergantungan. Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi Tingkah laku yang menghalang, Kebimbangan, Pergantungan lebihan, Pengunduran diri dan pengasingan diri aiitu tidak tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu pada kawan-kawan

Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan orang lain. Antara contohnya adalah pelrakuan Hiperaktif pula merupakan kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif. Selain itu, Kelakuan nakal pula bermaksud suka menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawan-kawan sekelas. Selain itu, adalah perlakuan bising yang menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap. Perlakuan bergerak sesuka hati iaitu keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa juga dikira sebai tingkah laku disruptif. Setrusnya adalah perlakuan ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya. Akhir sekali adalah perlakuan agresif secara lisan / fizikal iaitu menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang ajar, tidak sopan.

Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat. Antara contohnya adalah perlakuan permusuhan nyata iaitu suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari pasal dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya. Seterusnya adalah vandalisme iaitu pelajar suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng dinding menggunakan pen, pensil, marker atau tapak kaki, mematahkan alat pengepam tandas, memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik darjah, menggores atau menconteng meja. Membentuk kumpulan liar juga merupakan tingkah laku anti sosial iaitu eplaajr terlibat dengan kumpulan tidak bermoral seperti membentu geng yang berkelakuan negatif dan sebagainya.

MASALAH DISIPLIN DALAM KALANGAN PELAJAR


Masalah disiplin merupakan salah satu masalah yang terbesar di sekolah kerana ia melibatkan tingkahlaku pelajar. Mohd Zamani Ismail dan Fatimi Hanafi (2006) menyatakan bahawa ketiadaan penghyatan nilai-murni alam masayarakat menyebabkan kelakuan pelajar terarah kepada perlakuan negatif dan cenderung untuk berkelakuannya keruntuhan kahlak akibat daripada penghyatan akhlak yang lemah (Harery Abu Saad, 2007). Antara masalah disiplin dalam kalangan pelajar ialah ponteng sekolah. Pelajar kerap ponteng sekolah kerana terpengaruh dengan pengaruh luar seperti rakan sebaya yang negatif. Malahan, ibu bapa yang tidak memainkan peranan juga merupakan salah satu faktor pelajar berani untuk ponteng sekolah. Keadaan sebegini akan menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran dan akan dikenakan hukuman gantung sekolah. Masalah disiplin lain adalah seperti merokok. Pendedahan yang esktrem menyebabkan pelajar ingin mencuba sesuatu yang baru seperti merokok. Tambahan juga, pelajar yang terjebak dengan rokok biasanya kerana mereka ingin melepaskan tekanan. Ini akan membahayakan masalah kesihatan pelajar. Selain itu, datang lewat ke sekolah juga merupakan masalah disiplin. Hal ini kerana, pelajar tidak membiasakan diri mereka untuk mematuhi peraturan waktu sekolah. Mereka selalu datang lewat dan terbiasa untuk datang lewat kerana tiada sikap bertanggungjawab mahupun perasaan talut apabila melanggar peraturan waktu persekolahan. Jelaslah bahawa, Pelajar yang selalu lewat ke sekolah sering memberikan alasan yang tidak munasabah untuk mengelakkan diri mereka daripada dikenakan hukuman. Pelajar juga tidak mempuyai perasaan takut dengan pihak sekolah kerana sesetengah daripada mereka berani untuk memeras ugut pelajar lain mahupun memeras ugut guru mereka sendiri. Hal ini kerana, mereka merasakan mereka merupakan seorang yang gangster dan tidak perlu mematuhi peraturan sekolah. Pelajar yang memeras ugut pelajar lainn selalunya merampas wang mahupun barangan pelajar lain tanpa memikirkan sebarang belas kasihan. Mereka juga akan memeras ugut guru mereka tanpa mempuyai sebarang rasa hormat sekiranya guru mereka terus menghukum mereka Mereka cuba untuk membalas dendam bagi membuktikan mereka lebih berkuasa. Akhir sekali, penampilan diri tak terurus juga merupakan salah satu golongan masalah disiplin di sekolah. Kebanyakan pelajar terutamanya pelajar lelaki mempuyai rambut yang panjang melebihi paras bahu dan tidak disikat kemas. Pelajar terpengaruh dengan pengaruh luar dan trend sosial yang negatif. Mereka cenderung untuk meniru gaya artis tanpa menghiraukan peraturan disiplin sekolah. Malahan, kebanyakan pelajar juga tidak memakai stoking dan tidak memasukkan baju unifom sekolah ke dalam seluar. Walaupun masalah ini dilihat kecil, tetapi masalah ini dikira sebagai masalah disiplin kerana pelajar tidak mematuhi etika pemakaian pelajar di sekolah.

FAKTOR MASALAH TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN


Mengikut penulisan Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd Rahman (1981), faktor besar yang menyebabkan masalah disiplin ialah faktor kewangan, faktor persekitaran dan faktor sekolah. Menurut Mohamed Kamil Hassan pula faktor-faktor yang menyebabkan kelemahan disiplin di sekolah ialah sikap murid-murid, faktor kekeluargaan, faktor persekolahan, faktor seluruh dunia dan faktor sosial. Masalah disiplin juga boleh dilihat daripada pelbagai sudut dan banyak puncanya. Langkah mengenal pasti masalah ini penting kerana hanya dengan mengetahui punca-punca, strategi penyelesaian yang berkesan dapat diatur dengan rapi. Berikut adalah beberapa faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya keruntuhan akhlak atau masalah disiplin di kalangan pelajar.

Faktor yang pertama adalah faktor diri murid itu sendiri. Duke (1980) menyatakan bahawa tiap-tiap individu itu bertanggungjawab di atas perlakuan sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikuti kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakan sebagai ‘the potential influence of the student’s free will’. Mereka mungkin juga melanggar peraturan-peraturan di sekolah sewaktu belajar atau bermain kerana mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka telah menyalahi peraturan. Ini adalah menjadi suatu faktor yang penting dalam hal murid-murid melakukan perbuatan yang tidak berdisiplin. Terdapat juga pelanggaran-pelanggaran peraturan yang dilakukan oleh murid-murid yang mempunyai masalah emosi. Jenis kanak-kanak ini dipanggil ‘neurotic’ atau ‘psychotic’.

Menurut Despert (1965), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi dapat dikenali dengan gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil. Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada pelanggaran peraturan di sekolah. Murid-murid yang lemah belajar dan gagal berkalikali dalam peperiksaan, akan merasa kecewa dan hilang minat untuk belajar. Mengikut Rabven (1977) apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran yang tertentu dan guru tidak pula berusaha untuk menarik minat mereka, murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa juga yang terlintas di hati mereka.

Seterusnya adalah faktor ibu bapa atau keluarga. Faktor ini pernah dikatakan oleh Parsona (1964) bahawa rumah adalah kilang yang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini, maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral. Ivor Morrish (1975) pula menambah dengan mengatakan bahawa penyeliaan keluarga itu tidak cukup setakat mengenakan beberapa peraturan yang perlu diikuti sahaja. Ibu bapa yang harus mencorakkan anak-anak mereka menuju jalan yang betul. Apabila struktur sesuatu keluarga yang mengalami keretakan, kanak-kanak akan mengalami ketegangan emosi serta berasa tidak selamat seperti kes penceraian ibu bapa yang membawa kepada penderaan. Ketegangan ini akan diluahkan oleh kanak-kanak yang mengalaminya sama ada di sekolah atau di rumah. Kemiskinan serta kekurangan kemudahan di rumah juga menjadi punca kepada masalah disiplin murid. Hussein Mahmood (1980) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga. Ini pula ada kaitannya dengan masalah disiplin kendiri dan mungkin dengan masalah psikologi. Didapati ramai di antara murid-murid yang bermasalah itu datang dari rumah tangga yang serba kekurangan. Kajian Yaakub Hj. Yusof (1977) menunjukkan bahawa 50% daripada murid-murid yang ponteng adalah muri-dmurid yang menghadapi banyak gangguan hidup sehari-hari, dan apabila merasa diri terpencil di sekolah, mereka akan mencari jalan keluar dengan cara lari dari sekolah.

Faktor persekitaran ialah faktor yang ada di sekeliling kanak-kanak itu yang mendorong mereka untuk melakukan tingkah laku yang bermasalah yang merupakan gabungan daripada beberapa faktor iaitu masyarakat, sekolah dan media massa. Dari segi faktor masyarakat, kita boleh lihat sikap tidak kisah pada persekitaran menyebabkan urusan keselamatan harta dan nyawa masyarakat diserahkan kepada polis dan mahkamah sepenuhnya. Apabila berlaku jenayah, anggota masyarakat tidak mahu ambil tahu dan tidak melakukan sebarang tindakan membenteras. Sikap individualisme menyebabkan tiada kawalan sosial ke atas remaja. Justeru, jiran dan persekitaran yang sesuai perlu dimantapkan.
Sekarang dapat dilihat terutamanya di bandar-bandar, bilangan kes seperti melepak, memusnahkan harta benda awam, menagih dadah dan lain-lain lebih tinggi di kawasan rumah pangsa bertingkat berbanding kawasan rumah teres satu tingkat. Dipercayai mereka yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti ini berisiko tinggi dengan aktiviti gengster. Tambahan pula, sebilangan remaja menyertai kegiatan gengster kerana frekuensi keganasan dan aktiviti geng di tempat mereka tinggal adalah tinggi dan sudah berakar umbi. Bagi membina generasi cemerlang melalui konsep kejiranan dan masyarakat penyayang memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun. Tetapi, menjadi remaja liar dan jahat cukup sekadar kurang daripada tiga hari. Tiga hari memadai bagi menjerumuskan remaja ke lembah gejala sosial, kejahatan dan kehinaan.

Faktor Sekolah Mengikut Waller (1939), asas segala masalah disiplin di sekolah ialah pertentangan pendapat di antara guru dan murid mengenai sesuatu keadaan di sekolah, kerana masing-masing mempunyai kemahuan yang berlainan. Hal ini lebih buruk di peringkat sekolah menengah di mana pelajar merasa kurang senang apabila terasa dipengaruhi. Persekitaran persekolahan yang ketat kawalannya akan meimbulkan keadaan tidak berdisiplin kerana murid-murid akan menentang kawalan ketat ini dengan berbagai-bagai kelakuan buruk seperti tidak menghormati guru, tidak bersopan, dan juga menentang guru. Jika guru terlalu garang hingga murid terlalu takut kepadanya, maka pertentangan terus tidak dibuat tetapi perasaan geram akan disalurkan kepada orang ketiga yang tidak bersalah.

Dalam mengekalkan struktur berperaturan dan menentukan moral murid-murid di sekolah, guru besar adalah unsur yang penting. Moral baru yang lebih tinggi akan mengurangkan sikap acuh tak acuh di kalangan guru dan perlakuan buruk di kalangan murid. Walaupun begitu, hubungan yang tegang pada mana-mana peringkat di sekolah akan menimbulkan ketegangan di kalangan murid-murid. Kajian yang dijalankan oleh Reynolds (1977) menunjukkan bahawa sekolah-sekolah yang kadar hukuman deranya tinggi mempunyai lebih masalah tidak berdisiplin daripada sekolah-sekolah yang lain. Dikatakan bahawa hukuman dera lebih menimbulkan rasa kecewa daripada menolong pembelajaran. Meacham dan Wiesen (1974) juga bersetuju dengan pendapat ini mengatakan bahawa hukuman dera tidak mendatangkan kesan yang baik, malahan sebaliknya menggalakkan lagi masalah tidak berdisiplin.

Dalam kajian, Abdullah Salleh (1979) telah menemui sebab-sebab murid-murid melakukan ‘vandalism’. Diantaranya ialah mahu membalas dendam pada pihak sekolah; suka melihat benda-benda itu hancur; hendak menunjukkan kekuatan; dan keadaan mereka selalu terbiar tanpa pengawasan pihak guru. Kelemahan yang jelas di sekolah yang menjadi punca masalah disiplin di kalangan pelajar adalah guru-guru tidak diberi kuasa bertindak mempertahankan disiplin. Keadaan ini menyebabkan sebilangan besar guru-guru mengambil sikap lepas tangan dan tidak menunjukkan komitmen bagi menangani masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah. Murid-murid nakal yang suka melanggar disiplin lebih berani dan bebas melakukan perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang kerana mereka tahu guru-guru tidak mempunyai kuasa yang boleh dikenakan ke atas mereka. Malah, murid-murid ini berani mencabar kewibawaan guru yang tidak disukai.


Selain daripada itu keadaan pelajar yang sesak di dalam bilik darjah yang kecil juga boleh mendatangkan masalah tekanan dan disiplin di kalangan mereka. Begitu juga dengan sikap guru yang mempunyai suara garang dan menggunkan kekerasan mengikut perasaan dalam pengajaran harian. Bagi menyelesaikan masalah disiplin pelajar di sekolah, setiap guru perlu menggunakan budi bicara yang luhur di samping tatacara disiplin menyeluruh yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM).

Faktor media massa mempunyai pelbagai unsur negatif yang disalurkan melalui media massa terutamanya media elektronik seperti filem ganas dan lucah yang tidak sesuai dengan agama, akhlak dan budaya. Laporan televisyen dan akhbar menunjukkan masalah disiplin remaja berlaku selepas menonton filem berunsur ganas. Permainan video dan pengaruh televisyen cukup sinonim dengan pelbagai masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja. Pengaruh muzik, khasnya lirik-lirik muzik rock sering menimbulkan ketidakfahaman terutamanya golongan muda yang masih pada peringkat awal dalam perkembangan kognitif mereka. Perkara ini perlu diberi tumpuan kerana ia membawa kesan yang jelas iaitu menjejaskan kefahaman mereka berkenaan suatu perkara. Kebanyakan mereka menonton bagi mendapatkan maklumat yang releven dengan dunia sosial mereka, menghargai muzik, berseronok atau berhibur semata-mata. Manakala filem-filem yang memaparkan sikap negatif seperti salah laku, rogol, buli, serangan, pelacuran dan peras ugut dapat mempengaruhi sikap remaja serta menonjolkan akhlak yang tidak baik dalam proses pembelajaran. Kesannya akan meresap secara halus ke dalam diri mereka tanpa disedari kerana remaja banyak belajar melalui pemerhatian.

Faktor yang terakhir adalah faktor rakan sebaya. Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun kumpulan remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid,1990). Ia adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperoleh daripada keluarga dan juga di sekolah. Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan masalah dan pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah di rumah. Disini jelas apabila seseoranga pelajar itu berinteraksi dengan rakannya, mereka lebih gemar memilih rakan yang sebulu, mempunyai asas pengetahuan dan pemikiran yang setaraf dengan mereka. Melalui rakan sebaya juga mereka lebih berani bertindak kerana kumpulan mereka terdiri lebih daripada dua orang. Tan Toh Wah (1995) menjalankan kajian di mana pengaruh rakan sebaya memang kuat memberi kesan pada pembentukan peribadi pelajar. Kajian pendekatan yang dilakukan olehnya memberi peluang pada kumpulan remaja dan orang muda yang didapati bersiar-siar di KOMTAR sebuah pusat mebeli belah, menyuarakan pandangan mereka itu berseronok dangan kawan, bersantai dan bermain video game bersama rakan sebaya yang lain.

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU


Modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang bersisitematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi pelaziman. Berikut ialah huraian pelbagai teknik yang sesuai digunakan untuk perlaksanaan program modifikasi tingkah laku murid-murid di sekolah.

Peneguahan. Menurut Skinner (1930), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimulasi yang sesuai yang diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh berupa positif atau negatif.

Peneguhan Positif.

Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan positif yang dimaksudkan ini adalah kebarangkalian yang berulang tingkah laku operan yang diingini atau tidak ditambah. Peneguhan positif digunkan sebagai ganjaran untuk mendorong murid-murid memberi tumpuan semasa belajar seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya. Peneguhan positif ini adalah salah satu proses dimana guru akan cuba mengawal tingkah laku murid dengan memberi motivasi, hadiah dan sentuhan kata-kata perangsang yang dapat memperbaiki diri atau mengubah tingkah laku muridnya.

Peneguhan Negatif.

Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi. Peneguhan Negatif ialah kebarangkalian

berulangnya tingkah laku operan ditambah dengan memindahkan atau menghapuskan stimuli yang menggangu seperti menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas akan dapat menambahkan peluang murid-murid lain supaya meneruskan aktiviti pembelajaran mereka.

Hukuman/Denda.

Denda dilakukan untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang. Dengan erti kata lain ialah menghentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daraipada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila individu terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut. Denda ialah tindakan yang dikenakan bertujuan untuk menghentikan tingkah laku negative. Ianya menggunakan hukuman atau memang ia diketahui oleh murid yang melanggar peraturan dan memastikan hukuman itu relevan dan berpatutan. Guru juga boleh memberhentikan tingkah laku yang tidak diingini dengar menukarkan tempat duduk murid. Menurut Skinner denda hanya boleh memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu biasanya murid itu akan mengulanginya semula.

Shaping.

Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur. Prinsip shaping ditakrifkan sebagai satu usaha memberikan ganjaran kepada murid setiap kali dia semakin hamper kepada sesuatu matlamat tingkah laku yang telah ditetapkan oleh guru. Dalam teknik modifikasi ini, ganjaran yang ditawarkan oleh guru menjadi semakin besar apabila murid bergerak hampir ke arah pencapaian matlamat tingkah laku yang telah ditetapkan. Jika murid secara progresif dapat mencapai objektif tingkah laku positif yang telah ditetapkan oleh guru, guru akan terus menyediakan ganjaran/ hadiah yang lebih besar sehingga tingkah laku bermasalah terus berhenti.

Modeling.

Peniruan/modeling juga dikenal sebagai pembelajaran pemerhatian. Kanak-kanak mempunyai banyak respon positif dan negatif daripada pemerhatian terhadap orang lain. Justeru itu, modeling adalah satu teknik modifikasi tingkah laku dimana guru-guru menetapkan satu tingkah laku yang baru di kalangan murid bermasalah dengan menyuruh murid ini membuat pemerhatian terhdapa murid-murid lain yang sedang menunjukkan tingkah laku yang positif. Selepas membuat pemerhatian, murid-murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah diminta untuk membuat simulasi atau “role play” mengenai keadaan yang diperhatikannya supaya murid tersebut dapat menunjukkan tingkah laku positif yang sama.

Token Ekonomi.

Token ekonomi merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point merit, markah, peratus. Kebiasaannya ia digunakan di sekolah-sekolah berasrama penuh bagi pengukuhan disiplin murid. Guru juga boleh menggunakan sistem tokan untuk mengawal tingkah laku murid-muridnya supaya mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa apa-apa gangguan.

Kontrak (Lisan atau Bertulis).

Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif secara perjanjian lisan atau bertulis. Melalui cara ini juga ia dapat memodifikasikan tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif dengan melafazkan perjanjian lisan mahupun bukan lisan. Membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku nagatif kepada positif. Seperti membuat kontrak formal dengan guru besar dapat menyakinkan murid bahawa dia akan dikenakan tindakan yang berat sekiranya melakukan kesalahan.

Time Out.

Time-out” merupakan satu teknik modifikasi tingkah laku di mana guru mengalihkan seseorang murid daripada persekitaran di mana tingkah laku negatif berlaku sebagai satu cara untuk mengurangkan atau menghapuskan tingkah laku negatif tersebut. Dalam teknik ini, jika murid menunjukkan tingkah laku seperti yang dikehendaki oleh guru, mereka akan dihantar ke satu lokasi yang telah ditetapkan oleh guru, seperti ke satu sudut di dalam bilik darjah di mana murid tersebut akan menghadap dinding atau dihantar ke bilik lain. Dalam teknik “time out”, jika seseorang murid tidak dapat mengawal dirinya, dia akan dikeluarkan dari tempat bermasalah dan dibiarkan bersendirian di satu sudut di dalam bilik darjah. Bila kelakuan murid menjadi lebih positif, dia dibenarkan duduk balik di tempatnya di dalam bilik darjah. Masa yang diperuntukkan untuk duduk dalam masa “time-out” biasanya di antara 1 hingga 10 minit bergantung kepada darjah keseriusan masalah tingkah laku murid tersebut. Selepas sesi “time-out” guru-guru perlu menerangkan kepada murid-murid mengapa dia telah diberikan hukuman tersebut.

Kawalan Kendiri.

Tingkah laku ini merujuk kepada kebolehan individu untuk mengawal tingkah laku sendiri. Kaedah ini mengandungi beberapa langkah iaitu menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan, mengumpulkan data, merancang program tindakan, menilai program dan menamatkan program.


KEPENTINGAN DISIPLIN DARI ASPEK JERIS

Pendidikan di Malaysia mestilah berpandukan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan(FPK). Dan semua pendidikan mestilah bermatlamatkan Falsafah Pendidikan di Malaysia. Salah satu matlamat FPK ialah bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial ataupun singkatannya JERIS. Maka, kepentingan disiplin adalah dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Mengikut Kamus DewaN Edisi ke-dua, disiplin ialah peraturan untuk melatih seseorang itu supaya berkelakuan baik. Kepentingan pertama ialah dari aspek jasmani. Dengan mengamalkan disiplin, pelajar dapat mengikuti jadual belajarnya. Ini dapat membantu pelajar untuk perkembangan kognitifnya secara teratur dan sistematik secara optimum. Dengan adanya disiplin, pelajar akan mempunyai rasa tanggungjawab untuk membuat latihan pengukuhan dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Ini dapat meningkatkan cabang-cabang perkembangan kognitifnya. Tambahan pula mengikut Piaget(1969) pada peringkat remaja, perkembangan kognitif meningkat dan mereka mula berfikir secaea abstrak. Selepas itu, pelajar dapat mengawal diri dan fokus di dalam kelas. Ini amat sukar kerana terdapat pelbagai gangguan yang dihadapi di dalam kelas seperi rakan sebaya dan persekitaran. Dengan adanya disiplin, pelajar dapat meningkatkan intelektualnya dengan maksimum.

Di samping itu, jasmani pelajar akan juga terjamin. Setiap pelajar akan menghadapi tekanan dan sebagainya. Pelajar perlu menjaga kesihatannya untu sentiasa dalam keadaan yang sedia untuk belajar. Oleh itu, pelajar yang disiplin akan sentiasa bersenam dan riadah mengikut waktu yang telah dijadual kan seperti setiap petang jam 5 petang ke 6 petang. Ini memerlukan disiplin yang tinggi dan kesanggupan untuk berkerja keras demi masa depannya sendiri. Seterusnya rohani. Dari aspek rohani kita dapat lihat dalam pelbagai bidang. Disiplin dapat membentuk sesorang itu untuk menjadi seseorang yang berakhlak mulia. Ini dapat dibentuk dengan mengikut kepercayaan masing-masing selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK); berdasarkan kepercayaan. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa juga akan mula menyedari tanggungjawab nya terhadap diri sendiri dan persekitarannya seperti ibubapa dan guru. Dengan adanya disiplin juga, dalam dan luaran pelajar akan cuba sebaik mungkin untuk tidak terjebak dengan gejala negatif.

Kepentingan yang keempat ialah dari aspek emosi. Sekiranya disiplin seseorang itu rendah dia akan membuat kecoh di dalam kelas dan ini menganggu sistem bilik darjah. Rakan sekelas akan akan berasa gelisah dan ini mewujudkan suasana pembelajaran yang tidak kondusif ( tidak selesa) serta aspek-aspek lain juga akan terganggu . Ia juga penting bagi memupuk perasaan kasih sayang antara rakan sebaya, ibubapa, guru dan sebagainya serta mewujudkan suatu emosi untuk menghormati seluruh warga sekolah(staff,guru dan pelajar) dan masyarakat. Akhir sekali ialah dari aspek sosial. Dengan adanya disiplin, pelajar akan dapat membezakan baik dan buruk seterusnya dapat mengajar mereka untuk memilih rakan sebaya yang baik. Ini kerana ia dapat mengelakkan peljar dari pelbagai masalah. Mereka juga dapat memotivasikan diri sendiri di samping dapat berkomuikasi dengan orang lain menggunakan pertuturan dan adab yang sopan. Pelajar juga dapat mengamalkan nilai-nilai kemasyarakatan sepetti toleransi dan kerjasama sekiranya di kehendaki berkerja secara kumpulan. Sekiranya tiada disiplin. sebaliknya akan berlaku.

Secara kesimpulannya, pengurusan tingkahlaku dan disipkin amat penting dalam kalaangan pelajar tidak kira Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa atau sekolah-sekolah yang lain seluruh Malaysia. Ini bagi merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan ynag seimbang dan harmoni dari segi jasmanu, emosi, rohani, intelek dan sosial.

KESAN MASALAH DISIPLIN KEPADA PELAJAR

Disiplin merupakan peraturan-peraturan baik yang perlu dipatuhi bagi seseorang pelajar bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan kehidupan di sekolah. Kesan disiplin ini boleh dibahagikan kepada dua kategori pelajar, pelajar yang hanya sekali melanggar peraturan dan pelajar yang sering melanggar peraturan kerana ego dan besar kepala. Pelajar yang hanya sekali atau yang beberapa kali melanggar peraturan hanya menunjukkan kesan-kesan yang kurang impaknya jika dibandingkan dengan pelajar yang menjadikan melanggar peraturan sebaai tabiat. Oleh hal yang demikian, jika seseorang pelajar sudah terbiasa hidup dalam melanggar peraturan sekolah dan disiplin, mereka akan menerima impak yang tanpa disedari memakan diri mereka sendiri. Kesan-kesan melanggar disiplin antaranya termasuklah timbul perasaan tidak kisah melanggar peraturan, hilang rasa hormat kepada guru, berani untuk melakukan kesalahan yang lebih besar, tanggapan bahawa kebebasan adalah hak mutlak pelajar serta cenderung menghasut rakan untuk terlibat sama dalam melanggar peraturan. Antara kesannya adalah:

a) Timbul Perasaan tidak Kisah Melanggar Peraturan

Pelajar yang sering melanggar peraturan akan menjadikan mereka terbiasa dengan hidup tidak berdisiplin. Segala peraturan yang dirasakan tidak relevan pada fikiran mereka ini akan dinyahaktifkan, maka perasaan bersalah melanggar peraturan tidak akan dirasai oleh mereka kerana sudah jadi tabiat. Sebagai contoh, ketepatan waktu. Pelajar yang sering lewat ke

sekolah, akibatnya akan timbul rasa tidak peduli tentang waktu persekolahan yang sepatutnya dan pada fikiran mereka, asal hadir ke sekolah untuk memenuhi permintaan ibu bapa ataupun kewajipan sebagai remaja yang perlu hadir ke sekolah. Bagi pelajar ini, jika ditegur dengan kerap atau jika diberi hukuman berat, mereka akan memberontak atau mogok dan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan para guru. Hal ini terjadi berikutan terdapat segelintir pelajar yang merasakan diri mereka sepatutnya dibenarkan hadir lambat ke sekolah kerana mencari wang dengan bekerja dan sebagainya di malam hari untuk saraan diri sendiri atau keluarga.

b) Hilang Rasa Hormat kepada Guru

Guru adalah ibarat ibu bapa kedua ataupun penjaga yang memakai uniform formal yang bertanggungjawab mendidik kita di sekolah. Martabat mereka ini adalah sama tinggi dengan nilai ibu bapa kita di rumah. Oleh itu, sebagai pelajar, kita seharusnya dan amatlah perlu untuk menghormati keberadaan guru-guru ini walaupun hakikatnya guru ini merupakan satu pekerjaan. Seorang guru itu adalah tinggi nilainya kerana pengorbananan yang dilakukan adalah tiada bandingannya juga, apa yang diinginkan oleh guru-guru hanyalah kejayaan yang diperoleh oleh pelajar. Bagi pelajar yang mempunyai tabiat melanggar peraturan ini, mereka merasakan guru-guru ini hanyalah satu lagi ancaman yang menyekat kebebasan mereka setelah ibu bapa yang menjaga mereka di rumah. Justeru, banyak kejadian yang kita boleh lihat di akhbar pada hari ini yang menunjukkan guru ditindas, teraniaya dan sebagainya yang dilakukan sama ada oleh pelajar mahupun penjaga pelajar sendiri akibat fakta yang diputarbelitkan oleh anak-anak mereka yang mengatakan guru bersalah. Misalnya, tugasan yang diberikan tidak disempurnakan sebagaimana yang dikehendaki oleh guru. Kesilapan kecil ini akhirnya akan memberi impak besar dalam diri pelajar iaitu tidak menghormati guru tersebut. Daripada kesalahan kecil yang tidak menyiapkan tugasan boleh meningkat kepada meninggikan suara kepada guru.

c) Berani untuk Melakukan Kesalahan yang Lebih Besar

Disiplin di sekolah dilakukan bagi mencegah seseorang insan itu daripada menjadi insan yang tidak bermoral apabila mereka meningkat dewasa kelak. Bagi pelajar yang mengamalkan vandalisme ataupun gangsterisme di sekolah, mereka akan cenderung untuk menjadi seorang samseng apabila mereka berada di tahun senior ataupun berada dalam kumpulan yang lagi besar. Misalnya, ketika berada di sekolah, pelajar ini berupaya untuk memonteng sekolah ataupun kelas, tidak mustahil untuk mereka terlibat dengan jenayah yang lebih besar ketika waktu memonteng mereka seperti merokok, meragut dan lain-lain lagi. Yang lebih memburukkan keadaan apabila pelajar yang memonteng sekolah dan melakukan kesalahan di luar kawasan sekolah tetapi masih beruniform sekolah, imej sekolah akan tercemar dan akan menjadi isu hangat ketika mesyuarat PIBG.

d) Tanggapan Bahawa Kebebasan adalah Hak Mutlak Pelajar

Pelajar merupakan remaja yang mempunyai ego yang tinggi dalam menentukan apa yang dimahukan oleh mereka sebenarnya. Ego bagi seorang remaja menyebabkan kadangkala mereka tidak dapat membezakan adakah peraturan itu baik untuk mereka atau hanyalah penyekat kebebasan mereka. Misalnya, ada pelajar yang merasakan bahawa kebebasan merupakan hak mutlak pelajar di mana guru tidak mempunyai hak untuk menghukum ataupun menegur jika pelajar melanggar peraturan yang dirasakan oleh pelajar ini tidak mengapa untuk melakukan kesalahan itu seperti hadir lewat ke sekolah, tidak menyiapkan tugasan, tidak menghadiri aktiviti kokurikulum dan sebagainya.

e)  Cenderung Menghasut Rakan untuk Terlibat Sama dalam Melanggar Peraturan Kebiasaannya, pelajar hanya berani untuk melanggar peraturan setelah melihat rakan mereka berjaya melakukan kesalahan tersebut ataupun apabila pelajar ini melakukan kesalahan secara berkumpulan. Pada dasarnya, pelajar adalah terikat dengan peraturan dan disiplin sekolah dan ramai yang berjaya mematuhinya sehingga ada rakan yang menghasut mereka untuk melakukan kesalahan bersama. Misalnya, gangsterisme yang dilakukan adalah berbentuk kumpulan seperti membuli pelajar yang lemah dan tidak mempunyai sokongan. Maka kumpulan gangster ini akan merasakan bahawa pelajar lain takut dan akur kepada mereka hasil daripada kumpulan mereka yang terdiri daripada beberapa orang ahli. Kebanyakkan pelajar cenderung untuk menyertai kumpulan gangster adalah untuk memastikan diri mereka terjaga oleh kumpulan gangster tersebut jika sebarang perkara berlaku kepada mereka seperti pergaduhan.

LANGKAH MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR


Mengikut Encik Pazir, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, beliau mengatakan terdapat dua cara yang istimewa di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa. Setiap cara ada keistimewaaanya dan membawa kesan tersendiri.

Pertama sekali ialah rotan. Rotan boleh membawa kesan positif dan negatif. Kesan postifnya adalah pelajar akan lebih mudah menyedari kesalahanya manakala kesan negatifnya aadakah bakal membawa kecederaan dan tekanan kepada pelajar sekolah tersebut. Oleh itu guru disiplin akan menggunakan beberapa kaedah bagi memastikan kesan negatif kepada pelajar diminimumkan. Anatranya ialah gurur akan memastikan hukuman yang diberi beraa di dalam bilik yang tertup supaya mereka tidak malu. Bagi mengurangkan kesakitan dan kecederaan, guru disiplin dikhendaki untuk memastikan tangan pelajar ke dinding dan punggungnya dibengkokan sedikit. Tambahan pula, guru perlu mengepit ketiak ketika merotan untuk mengurangkan sakit. Disini juga Encik Pazir mengingatkan kami bahawa ketika merotan, gurun yangbmerotan bukan untuk menghukum pelajar namun hanya untuk mendidik. Terakhir guru didiplin perlu memberitahu pelajar bahawa dia dirotan hanya atas kesalahannya terlebih dahulu serta guru akan memeluk pelajar tersebut untuk menunjukkan kasih sayang akan pelajar tersebut. Ini dapat membantu mengurangkan tekanan perasaan di dalam diri pelajar.

Cara yang kedua ialah program motivasi. Program ini bagi memberi kesdearan kepada pelajar dan memastikan guru memahami keadaan pelajar. Hal ini kerana kebanyakan pelajar membuat onar di sekolah kerana tekanan yang dilalui. Menurut Encik Pazir terdapat beberapa pelsjar yang membuat kesalahan kerana ingin perhatian memandangkan ibubapa mereka sibuk berkerja. Contoh aktiviti yang dilakukan ialah Perkhemahan Jati diri. Mereka juga melakukan sesi kaunseling secara individu atau kumpulan mengikut keperluan kesalahan yang dilakukan. Ini semua dapat membantu guru untuk mengenali hati budi pelaarnya dengan baik.


PERANAN GURU DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN DI SEKOLAH

Guru memainkan beberapa peranan penting dalam menangani masalah disiplin di sekolah terutamanya pernana guru disiplin dalam membina sahsiah pelajar yang baik melalui penerapan nilai murni bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan kehidupan di sekolah yang sejahtera. Guru juga berperanan penting dalam membanteras masalah disiplin sekolah agar dapat melahirkan masyarakat yang berjati diri tinggi serta mempuyai akhlak yang baik. Hal ini kerana guru merupakan insan terdekat dengan pelajar ketika di sekolah. Guru mempuyai kuasa untuk melaksanakan hukuman kepada pelajar yang melangar peraturan sekolah berdasarkan kepada undang-undang pelajaran yang telah ditetapkan. Beradasarkan Kementerian Pelajaran Malaysia 1988, peranan guru dalam melaksanakan disiplin pelajar adalah guru-guru wajib memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pengetua dan sama-sama guru sendiri dalam melaksanakan disiplin di sekolah. Hal ini kerana, guru perlu mematuhi kuasa dan arahan seorang pengetua sebelum menjalankan sesuatu hukuman. Guru perlu merujuk kepada pengetua dan bekerjasama dengan guru lain dalam pelaksanaan hukuman agar tidak tersasar dari matlamat sebenar. Ini juga untuk mengelakkan guru daripada melaksanakan hukuman mengikut emosi. Selain itu, menurut Kementerian Pelajaran Malaysia 1988, peranan guru dalam melaksanakan masalah disiplin pelajar juga adalah untuk melaksanakan hukuman disiplin apabila diarahkan oleh pengetua secara arahan bertulis mengikut peruntukan yang ada. Guru dilarang sama sekali untuk melaksanakan hukuman tanpa arahan yang jelas dari pihak yang berkuasa seperti pengetua. Guru perlu menerima arahan daripada pengetua dan perlu mengikut prosedur peraturan undang-undang pelajaran yang tekah ditetapkan. Hal ini kerana, segala rahan pengetua adalah berasaskan prosedur peraturan undang-undang sekolah dan perlu dipatuhi.

Berdasarkan prosedur Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah, 1959), hukuman dera kepada murid perempuan adalah dilarang sama sekali. Hal ini kerana, fizikal dan kekuatan pelajar perempuan adalah berbeza daripada pelajar lelaki. Malahan, pelajar perempuan juga mempuyai hak untuk dilindungi daripada dirotan di bahagian punggung dan sebagainya. Peraturan Pelajaran (Disipin Sekolah, 1959) juga menegaskan bahawa hukuman dera kepada murid lelaki oleh guru adalah dihadkan merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau di punggung yang berlapik dengan pakaian dan kuasa menghukum hanya diberikan kepada Guru Besar ataupun kuasa nyata yang diberikan olehnya. Di sini menjelaskan bahawa pelajar lelaki juga mempuyai hak untuk dilindungi daripada dikenakan hukuman kasar oleh guru. Guru perlu mempuyai batas dan kesederhanaan dengan menganggap hukuman sebagai cara untuk mengajar pelajar dan bukannya menghukum untuk membenci atau menggunakan emosi. Prosedur Peraturan Pelajar (Disipin Sekolah, 1959) yang terakhir adalah semua hukuman yang dijalankan oleh guru-guru hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh pendaftar. Segala hukuman yang dilakukan dan direkodkan oleh guru perlu disimpan dan tidak boleh didedahkan kepada pihak luar. Hal ini dilakukan untuk menjaga privasi pelajar supaya tidak ada pihak yang akan mengambil kesempatan ke atas pelajar tersebut. Guru juga perlu memainkan peranan dengan amanah dan tidak berniat untuk mendedahkan masalah sulit masalah disiplin pelajar kepada pihak luar yang tidak berkaitan. Menurut (Anney Zaharazilah Yunus, 2012) peraturan yang harus dipatuhi oleh guru dalam melaksanakan hukuman disiplin adalah mengamalkan keadilah iaitu guru tidak seharusnya bersikap pilih kasih dan melaksanakan hukuman yang sama rata. Selain itu, kuasa dan budi bicara juga diberikan iaitu guru perlu bertoleransi sekiranya pelajar yang perlu dihukum menagalami masalah seperti masalah kesihatan dan sebagainya. Ini juga berkait dengan peraturan hak untuk dibicarakan iaitu guru perlu memberikan peluang untuk berbincang dan berunding berkaitan masalah disiplin pelajar dengan pihak pelajar. Peraturan seterusnya merupakan ‘natural justice’ diperhatikan. Natural justice bermaksud pemberian hak kepada pelajar secara adil dan guru sewajarnya melaksanakan hukuman yang sama kepada semua pelaajr yang terlibat dnegan masalah disiplin. Peraturan seterusnya adalah dakwaan dan tuduhan dimaklumkan iaitu guru perlu mendapat dakwaan dan tuduhan berkenaan pelajar tersebut dahulu sebelum mengenakan hukuman yang selayaknya dan tidak menghukum mereka tanpa sebarang sebab yang munasabah. Seterusnya adalah peraturan hukuman dijatuhkan selepas pembelaan iaitu hukuman hanya boleh dilaksanakan setelah proses menuntut hak dan rayuan dilakukan secara adil. Peraturan terakhir adalah peluang membuat rayuan dan didengari iaitu guru perlu memberikan peluang untuk pihak pelajar membuat rayuan dan menimbangkannya dengan adil sebelum melaksanakan sesuatu hukuman.

PENGURUSAN DEVIAN DAN SALAH LAKU

1.0. Definisi Devian

Pengurusan disiplin dan tingkah laku amat berkait rapat dengan pengurusan devian dan tingkah laku. Devian didefinisikan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai seseorang yang perangainya menyimpang daripada normal. Tidak kira sama ada di sekolah mahupun di tempat kerja, pengurusan devian amat penting kerana tingkah laku ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada organisasi. Menurut Abdul Mutalib Mohamed Azim, Mohd Taib Dora dan Dina Syamilah Zaid (2018), “Jika masalah ini tidak ditangani dengan baik, tingkah laku devian di tempat kerja akan mempunyai implikasi yang bukan sahaja kepada kewangan organisasi, tapi juga keberkesanan keseluruhan organisasi” ( ms. 52). Oleh itu, wajarlah bagi bakal guru untuk mengetahui penyebab tingkah laku devian, jenis salah laku devian dan langkah mengatasi salah laku devian.

2.0 Jenis Salah Laku Devian

Salah laku devian terbahagi kepada empat jenis iaitu inovasi, ritual, undur serta menentang. Jenis devian yang pertama iaitu inovasi merujuk kepada suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah. Yang kedua pula ialah ritual, iaitu jenis salah laku devian yang mana pelakunya akan mengulang perbuatan buruk yang dilakukan. Seterusnya ialah undur, di mana seseorang murid yang tidak lagi minat dengan matlamatnya, lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan. Akhir sekali ialah jenis salah laku devian menentang, di mana pelajar tersebut menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat yang lain.

3.0. Penyebab Tingkah Laku Devian

Terdapat beberapa penyebab mengapa tingkah laku devian ini sering terjadi di kalangan pelajar. Antaranya ialah konsep kendiri yang lemah. Sebagai contoh, seorang remaja ini sentiasa melihat dirinya dari persepktif yang negatif dan tidak mempunyai matlamat tertentu dalam kehidupan. Pelejar tersebut juga selalunya tidak memikirkan tentang sumbangan

mereka kepada masyarakat selain tidak mempunyai apa-apa matlamat dalam kehidupan mereka.

Selain itu, masalah konflik dalam keluarga juga memainkan peranan yang besar dalam menyebabkan masalah tingkah laku devian. Ketidakstabilan emosi hasil daripada masalah konflik dalam keluarga juga boleh membawa kepada masalah tingkah laku devian. Kebanyakan kajian mendapati bahawa remaja yang kebanyakannya terlibat dengan masalah tingkah laku devian selalunya mempunya masalah di mana terdapatnya salah seorang ahli keluarganya yang bertingkah laku devian juga. Penyataan ini disokong oleh Azyyati (2013) menyatakan remaja yang berpotensi dalam salah laku remaja dan devian adalah daripada berlatar belakangkan sistem keluarga yang tidak berfungsi
Apabila wujudnya emosi yang tidak gembira, hasil daripada faktor persekitaran seperti retaknya hubungan kekeluargaan atau ibu bapa terlibat dengan penceraian, atau kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa, maka lahirlah tingkah laku devian ini hasil daripada faktor psikologi seseorang murid itu sendiri. Dikhuatiri, pelajar yang terlibat dengan tingkah laku devian ini tanpa kawalan yang baik akan memungkinkan mereka terus terjebak pula dalam aktiviti jenayah (Siti Sarawati Johar, Fauziah Ani, Shamsaadal Sholeh Saad, Zahrul Akmal Damin, Shahidah Hamzah, Harliana Halim, Zahrul Akmal Damin, Md. Akbal Abdullah, dan Ku Hasnan Ku Halim, 2017).

4.0. Cara Mengatasi Masalah Devian

Dalam mengatasi masalah tingkah laku devian ini, pihak sekolah serta ibu bapa memainkan peranan yang penting. Seharusnya pihak sekolah serta ibu bapa berganding bahu dalam mengawal pelajar yang mungkin terjebak dengan aktiviti salah laku devian. Antara langkah yang boleh diambil ialah pihak sekolah lebih mengetatkan serta menguatkuasakan peraturan-peraturan tertentu yang dapat menghalang pelajar tersebut daripada terjebak dengan aktiviti salah laku devian. Tumpuan yang khusus juga sepatutnya diaberikan oleh pihak sekolah serta para ibu bapa terhadap anak-anak mereka yang dikhuatiri akan terlibatkan dengan aktiviti yang sebegitu rupa. Selain itu, pihak sekolah juga boleh mempelbagaikan aktiviti kokurikulum kerana aktiviti kokurikulum telah terbukti mengurangkan bilangan pelajar yang terlibat dengan aktiviti salah laku devian kerana masa mereka lebih banyak diluangkan dengan aktiviti yang berfaedah. Sekolah juga wajar mengambil tindakan disiplin kepada pelajar yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam aktiviti yang melibatkan salah laku devian. Akhir sekali, kerjasama daripada pihak masyarakat amatlah diperlukan kerana untuk membentuk seseorang itu ke arah insan yang berguna memerlukan kerjasama daripada semua pihak.

PEKELILING DAN PERATURAN

Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Ianya merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Ianya juga merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penajwat awam.

Surat ini bertujuan sebagai langkah kawalan dan pencegahan bagi mengelakkan salah guna kuasa di samping sebagai satu peringatan mahupun langkah awal keselamatan. Selain itu, ianya juga merupakan sebagai satu arahan dan garis panduan bagi pelajar, guru, pentadbir sekolah, ibu bapa serta agensi luar iaitu sebagai satu peraturan bagi melindungi hak masing-masing dengan adil.

Surat Pekeliling ini juga adalah salah satu langkah selamat kepada guru kerana sebelum ini akan menyebabkan ramai guru dikenakan hukuman, saman dan teraniaya akibat salah faham antara guru dan ibu bapa pelajar. Melalui pekeliling ini, segala perkara adalah secara bertulis dan dipersetujui oleh semua pihak yang berkenaan sama ada berkenaan dengan hal ehwal sekolah, kurikulum dan kokurikulum.

ANALISIS SWOT


Berdasarkan topik pengurusan tingkah laku dan disiplin, terdapat beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang dapat dilihat daripada topik ini. Antara kekuatannya adalah guru memainkan peranan dalam membanteras masalah disiplin dengan baik dan menjalankan tugas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Guru terutamanya guru disiplin di sekolah banyak melibatkan diri dengan program dan aktiviti yang dilakukan pihak sekolah untuk mengurangkan masalah disiplin di sekolah. Malahan, sesetngah guru juga memainkan peranan dengan mendekati murid bermasalah disiplin dengan menggunakan pendekatan yang lebih dekat. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pihak sekolah dan guru merupakan antara faktor terbesar yang menyumbang kepada kekurangan masalah disiplin di sekolah. Hal ini kerana, pihak yang terdekat dengan pelajar selain ibu bapa adalah pihak sekolah. Berdasarkan sekolah yang dipilih oleh kami untuk melaksanakan tugasan kami iaitu Smk Taman Desa Rawang, kami mendapati bahawa guru-guru di sekolah tersebut memainkan peranan yang mantap dan sentiasa peka dengan masalah disiplin di sekolah tersebut. Hal ini kerana, terdapat banyak inisiatif yang dilakukan oleh pihak sekolah seperti program pembaterasan masalah disiplin sekolah, kem disiplin dan sebagainya untuk mengurangkan masalah disiplin di sekolah ini. Malahan, guru di sekolah ini juga cakna dengan permasalahan pelajar dan sentiasa melibatkan diri tidak mengira usia dalam menangani masalah ini daripada terus berlaku.

Selain itu, guru-guru juga melaksanakan hukuman berdasarkan kepada prosedur undang-undang yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, guru tidak sewenang-wenangnya menjalankan hukuman kepada pelajar tanpa sebarang rujukan yang sahih. Hal ini kerana, di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas, Ordinan Pelajaran dan Peraturan Pelajar (Disiplin 1959) telah ditetapkan peraturan dan prosedur yang wajib diikuti oleh para guru dalam menghukum pelaajar yang bermasalah. Pengetua dan guru hanya akan memberikan arahan dan menjalankan hukuman setelah memahami prosedur yang terdapat dalam peraturan undang-undang sekolah. Hal ini kerana, peraturan sekolah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Sekolah ada bersesuaian dengan kehendak pelajar dan berkonsepkan untuk tidak mendera tetapi mendidik pelajar yang bermasalah. Sebagai contoh, guru-guru di SMK Taman Desa Rawang merujuk Buku Disiplin Sekolah untuk melaksanakan hukuman ke atas pelajar yang bermasalah. Malahan, guru-guru juga terutamanya guru disiplin akan merujuk kepada pengetua terlebih dahulu sekiranya perlu melaksanakan hukuman yang berat ke atas pelajar. Guru di sekolah tersebut akan meminta nasihat dengan pihak yang berkuasa dahulu seperti pengetua sebelum meneruskan pelaksanaan hukuman ke atas pelajar. Hal ini berlaku agar guru yang melaksanakan hukuman tidak akan disabitkan dengan kesalahan sekiranya berlakunya perkara yang tidak diingini kerana guru tersebut telah diberikan hak yang berdasarkan prosedur yang betul. Akhir sekali, pihak pentadbir sekolah juga menyediakan buku peraturan disiplin untuk para guru dan pelajar sebagai rujukan. Hal ini berlaku agar guru tidak membuat kesilapan dan tidak akan dipersalahkan pada masa hadapan. Buku peraturan disiplin ini juga mengandungi hukuman-hukuman yang sewajarnya dilakukan oleh guru untuk pelajar yang bermasalah. Sekiranya terdapat sebarang penentangan daripada pihak pelajar berkaitan hukuman yang dikenakan, pihak sekolah mampu untuk menunjukkan bukti berkenaan prosedur hukuman ke atas pelajar. Hal ini juga dilaksanakan di sekolah SMK Taman Desa Jaya iaitu guru akan merujuk kepada buku peraturan disipin dan pengetua dahulu sebelum membuat hukuman. Malahan, guru juga akan memaklumkan intipati buku peraturan ini kepada pihak pelajar yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru.

Antara kelemahannya pula adalah dari segi minoriti guru yang cakna akan masalah displin pelajar di sekolah. Di sekolah, hanya minoriti guru yang mengambil berat akan masalah disiplin pelajar manakala golongan majoriti guru tidak mengendahkan masalah ini daripada terus berleluasa. Hal ini kerana, sesetengah guru beranggapan tugas untuk membaiki tingkahlaku pelajar hanyalah dimainkan oleh guru disiplin dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Oleh itu, sesetengah guru bersikap untuk tidak campur tangan dan membiarkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar berleluasa. Majoriti guru hanya memikirkan tugas mereka adalah mengajar dan hanya sgelintir yang cakna untuk membentuk sahsiah diri pelajar. Hal ini akan menyebabkan sesebuah institusi itu tidak kukuh kerana tiadanya kerjasama daripada guru-guru unutk sesama membantu memainkan peranan bagi membanteras masalah disiplin di sekolah. Kebanyakan guru di SMK Taman Desa Jaya mempuyai komitment yang banyak dan ini menyebabkan mereka kurang memberikan perhatian dalam membentuk sahsiah diri pelajar. Walaubagaimanapun, semua guru seharusnya berperanan untuk membentuk tingkah laku pelajar yang baik agar proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berjalan dengan lancar. Ini juga untuk memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar.

Kelemahan yang seterusnya adalah para pelajar mudah terdedah dengan kegiatan sosial yang negatif di kawasan perumahan dan persekitaran persekolahan. Hal ini dapat dilihat dengan keadaaan dan persekitaran di SMK Taman Desa Rawang yang dilihat terdedah dengan kawasan bandar. Kebanyakan pelajar di SMK Taman Desa Rawang terdedah dengan kegiatan sosial yang negatif seperti merokok, memeras ugut dan lain-lain kerana peraturan dan keselamatan di sekolah tersebut tidak kukuh. Dengan itu, pelajar mudah terpengaruh dengan kegiatan sosial yang negatif. Pihak sekolah perlu peka dengan masalah ini dan menambah baik keselamatan serta peraturan di sekolah agar susah untuk pelaajr didedahkan dengan perkara sosial yang negatif. Ini kerana, sekiranya sekolah mudah terdedah dengan persekitaran yang negatif, pelajar akan terbiasa dan terikut dengan pengaruh tersebut. Sekolah perlu menapis dan memantau agensi-agensi atau pihak luar yang memasuki kawasan sekolah. Pihak skeolah perlu memastikan peraturan sekolah diketatkan dan tiada sebarang unsur negatif dibawa masuk ke dalam kawasan sekolah

Dari segi peluang pula membolehkan kami menemui idea baru melalui percubaan ataupun ujian yang di analisis dan di kenal pasti. Peluang yang terkandung merujuk kepada mekanisme pembetulan kendiri yang berupaya mengubahsuai tingkah laku berdasarkan maklum balas tentang sejauh mana guru berjaya mengurus disiplin pelajar di sekolah dan membentuk diri pelajar kearah yang positif dan bukan kepada yang mendatangkan masalah. Ini memberi peluang kepada guru mengatur strategi terbaik dalam membentuk sahsiah pelajar-pelajar kearah tingkah laku yang positif sekaligus dapat meningkatkan disiplin dalam kalangan pelajar-pelajar. Dalam masa yang sama, pelajar dapat mengetahui perbezaan diantara tingkah laku yang positif dan tingkah laku yang negatif, disini guru dapat menggunakan pelbagai kaedah modifikasi tingkah laku yang telah disenaraikan diatas bagi membentuk pelajar yang berdisiplin di sekolah mahupun luar sekolah. Pihak sekolah perlulah merancang pelbagai inisiatif untuk mengurangkan masalah tingkah laku dan disiplin dalam kalangan pelajar bagi melahirkan sekolah yang bebas masalah. Hal ini kerana sekolah yang mempunya persekitaran yang bebas masalah membolehkan pelajar belajar dalam persekitaran yang selesa dan menjadikan sekolah tersebut sebagai sekolah yang berprestasi cemerlang dalam segala hal sama ada akadamik mahupun sahsiah pelajar. Pemilihan teknik modifikasi yang sesuai mempengaruhi siakp pelajar itu sendiri. Di sekolah kajian kami iaitu SMK Taman Desa, Rawang, yang bertempat di Selangor, dimana di sekolah ini tahap masalah disiplin mereka masih berada di tahap rendah dan mempunyai banyak peluang utuk mengawal keadaan sekolah tersebut ke arah sekolah berprestasi cemerlang.

Dari segi ancaman atau tentangan pula, tentangan yang diterima terhadap kajian kami ini ialah beberapa pelajar yang degil untuk mematuhi peraturan walaupun telah diberikan hukuman oleh guru disiplin di sekolah. Jika pekara ini berteruskan dikuatiri menjadi ikutan oleh pelajar-pelajar lain dan boleh meningkatkan kes disiplin di sekolah tersebut. Utuk mengelakkan perkara tersebut berterusan pihak sekolah boleh memberikan hukuman buang sekolah jika pelajar masih berdegil. Tentangan yang dihdapi adalah sedikit kerana pelajar tahap II sahaja yang kurang berdisiplin berbanding pelajar tahap I. Tentangan juga berlaku kerana ibu bapa tidak memberikan kerjasama yang sebaiknya dengan guru disiplin yang bertugas ataupun dengan pihak sekolah sendiri. Ibu bapa pada zaman sekarang lebih mempercayakan anak masing-masing walaupun anak mereka melakukan kesalahan. Contonya ibu bapa sangup saman guru kerana rotan anak, sedangkan guru merotan untuk mendidik bukan hukuman semata-mata. Ibu bapa perlu bertolak ansur dengan pihak sekolah dalam sesetengah perkara yang berkaitan sekolah.

KUMPULAN 8

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN PELAJAR