Kesimpulannya, pengurusan tingkah laku dan disiplin pelajar adalah penting untuk melahirkan pelajar yang berkualiti dan bersahsiah tinggi. Hal ini kerana, peribadi individu pada masa hadapan akan dilihat pada zaman pembelajarannya. Sekiranya guru tidak memainkan peranan untuk membentuk jati diri yang positif ke dalam diri pelajar, pelajar akan cenderung untuk berkelakuan negatif dan mereka akan terbiasa dengan peribadi sebegitu. Pelajar juga mempuyai tahap keupayaan yang berbeza-beza. Oleh itu, guru perlu menggunakan teknik modifikasi yang berbeza kepada pelajar berdasarkan tahap pelajar tersebut. Guru perlu memahami keperluan pelajar dan melakukan hukuman bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar.
Kepelbagaian teknik dan strategi perlu sentiasa diuabah suai oleh guru agar hukuman tersebut mampu dijalankan dengan lebih efektif kepada pelajar sesai dengan perubahan keperluan pelajar. Guru tidak seharusnya menghukum pelajar mengikut emosi dan pengaruh luar yang negatif. Akan tetapi, guru perlu memikirkan bahawa mereka menghukum pelajar untuk mendidik dan bukannya sebagai satu kepuasan atau perasaan emosi. Sebagai guru yang profesional, guru sewajarnya mampu membezakan perkara yang berdasarkan kehendak ataupun emosi. Pengurusan tingkahlaku dan disiplin pelajar juga perlu sentiasa dipantau dan diubah sesuai dengan prosedur undang-undang pelajaran. Guru dan pihak sekolah perlu merujuk pihak yang lebih berkuasa atau undang-undang pelajaran di negara kita sebelum meletakkan sesuatu kesalahan ke atas pelajar dan sebelum melakukan hukuman ke atas mereka. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku ke atas pihak sekolah dan pihak lain.
Oleh itu, semua pihak seharusnya bekerjasama membantu mebanteras masalah tingkah laku dan disiplin di sekolah daripada berterusan berlaku untuk menjaga kesejahteraan di sekolah yang merangkumi pengurusan bilik darjah dan pengurusan sekolah. Pengurusan tingkah laku dan disiplin ini perlu sentiasa dipantau agar proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berjalan dengan lancar. Ini juga untuk meamstikan prestasi seebuah sekolah itu tidak tercemar. Hal ini juga untuk memastikan sesebuah sekolah itu dapat melahirkan masyarakat yang cemerlang dari segi akhlak dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment